Familiar tak dengan surah ni? Some people call it Surah Alam Nasyrah cos the surah starts with "Alam Nasyrah...." but the name of the surah is called Al-Insyirah. Surah ni pendek je but kelebihan sesiapa yang mengamalkannya adalah sangat besar. Elok diamalkan bagi sesiapa nak menambahkan rezeki. Tak kisah la rezeki dalam bentuk apa pun, rezeki material ke, rezeki anak ke, rezeki kesihatan ke, rezeki pekerjaan ke, rezeki keharmonian rumahtangga ke, rezeki banyak duit ke... Apa-apa je lah...
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Barang sesiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku."
Antara kelebihan-kelebihan siapa yang mengamalkannya adalah:
- Sesiapa yang membaca surah ini selepas mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya
- Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat
- Sesiapa yang membaca surah ini sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan
Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan dan rezeki pun datang daripadaNya. Well friends, let's make a habit in reciting this surah in our daily chores especially after solat fardhu. We never know what is in store for us. Setiap daripada kita mempunyai rezeki masing-masing, cepat atau lambat je...
One more thing, solat dhuha jugak adalah satu solat untuk murahkan rezeki kita. Dilakukan pada waktu dhuha iaitu bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Doa Solat Dhuha:
"Ya Allah, bahwasanya waktu
Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu,
keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatanMu, dan
perlindungan itu, perlindungan-Mu". "Ya Allah, jika rezekiku masih di
atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi , keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh
dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan
kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau
limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang shaleh".

Kita bolehlah baca doa yang mana2 berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus; doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Oleh itu, marilah kita mengamalkannya... Semoga amalan kita ini adalah yang terbaik dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment